Monday, September 19, 2011

IZUAN SI IMAN SOMBONG


            Izuan, bersendirian di lorong sunyi itu tidak sedikit pun membuatkan dirinya ketakutan. Sebaliknya dia merasa lebih yakin kerana tidak ada sesiapa di situ melainkan dia dan seorang sahaja penagih dadah yang sedang cuba menkhayalkan diri sendiri. Hal ini adalah kerana telah sekian lama dia menggunakan lorong itu pada waktu malam dan tiada apa-apa pun perkara seram yang berlaku. Bukanlah sekali dia mendengar kisah seram yang terjadi kepada rakan-rakannya, bahkan hampir setiap minggu tahun satunya di universiti itu dia dihidangkan dengan pengalaman-pengalaman seram dan ngeri rakan-rakannya.
                Namun dia tidak percaya kerana dia sendiri tidak pernah diganggu. “Ah… Aku ada Tuhan Yang Esa…” bisik hatinya dengan sombong. Baginya, kerana lemah keyakinan kepada ALLAH yang membuatkan rakan-rakannya diganggu.
                    “Grrr..” suatu bunyi seakan rasaksa kedengaran secara tiba-tiba dari belakangnya.
          Izuan menoleh kebelakang. Kelihatan seekor anjing hitamsedang mengesot cuba untuk menghampirinya. Sebelah matanya telah pecah dan darah mengalir keluar, lidahnya terputus separuh, gigi-giginya kemerahan dipenuhi cecair merah seperti darah, telinga kanannya telah terkoyak, kedua kaki belakangnya telah kudung dan darah mengalir keluar. Malah seluruh tubuhnya dipenuhi luka dan kelihatan sebahagian usunya terkeluar dari perutnya.
                   “Aarrgghhh…!!!!” Izuan melarikan diri sepantas yang mungkin setelah melihat anjing hitam itu.
                “Hahahaha… Anjing yang dah nak mati sebab gaduh pun dia takut… Hahaha…!!!” gelak penagih dadah lalu terus menyuntik sesuatu di lengannya.

Moral…
“Jangan berlagak macam bagus sangat…
Otak penagih memang dah rosak,
kalaulah otak dia masih betul, dia akan tolong anjing tu…
Jangan cepat buat kesimpulan…”

DISANGKAKAN JAKIM


             Al-kisah, ada suatu ketika, Hazif berjalan-jalan di sebuah taman sendirian. Mungkin bukan sendirian. OK! Dia bersama aweknya. Berjalan-jalan di taman itu berduaan di waktu malam tanpa diketahui oleh sesiapa. Lebih tepat lagi, hanya mereka berdua sahaja di taman itu.
           Tidak berapa lama kemudian, timbul sesuatu yang nakal dalam kotak minda Hazif lalu berkomunikasi dengan aweknya melalui anak matanya. Anisah, aweknya faham. Maka mereka berdua pun bergerak ke suatu kawasan yang lebih sunyi untuk melaksanakan hasrat hati mereka berdua.
        Di tempat tersembunyi itu, mereka baru sahaja hendak bermula apabila tiba-tiba sahaja mereka terdengar bunyi ranting patah. Menyangkakan bunyi itu adalah tanda kedatangan JAKIM, mereka berdua berlari lintang-pukang agar tidak ditangkap.
             Di tempat ranting patah itu, sesuatu mengeluarkan bunyi, “Meow…”


Moral…
“Kalau manusia tak Nampak,
ALLAH sentiasa Nampak…”

PERASAAN PAK DIN SAJA


                 Pada suatu malam yang sunyi, sedang Pak Din melalui lorong itu sendirian, terasa meremang bulu romanya secara tiba-tiba. Angin dingin yang bertiup tiba-tiba, dan meremangnya bulu roma Pak Din  membuatkan Pak Din terasa seram. Maka dikayuh basikalnya dengan lebih laju lagi. Sangkaannya, dia akan melepasi pengalaman itu dengan lebih cepat lagi. Malangnya, dia merasakan angin seram itu bertiup semakin kuat lagi. Oleh itu dia pun mengayuh dengan lebih laju lagi dengan sangkaan yang sama. Namun, sangkaannya ternyata meleset kerana angin seram itu semakin kuat dan setiap kali angin itu dirasakan semakin kuat, Pak Din mengayuh dengan lebih laju lagi dan setiap kali itulah angin itu dirasakan Pak Din semakin kuat.
                Sehinggalah suatu ketika, Pak Din sudah penat untuk berkayuh. Maka Pak Din pun berhenti berkayuh. Serta-merta angin seram tadi hilang. Pak Din merasa lega. Ketika itu dia sedar bahawa, itu semua perasaan Pak Din saja. PERASAANNYA SAJA…

Moral….
“Jangan buat andaian terburu-buru…”