Pada suatu malam yang sunyi,
sedang Pak Din melalui lorong itu sendirian, terasa meremang bulu romanya
secara tiba-tiba. Angin dingin yang bertiup tiba-tiba, dan meremangnya bulu
roma Pak Din membuatkan Pak Din terasa
seram. Maka dikayuh basikalnya dengan lebih laju lagi. Sangkaannya, dia akan
melepasi pengalaman itu dengan lebih cepat lagi. Malangnya, dia merasakan angin
seram itu bertiup semakin kuat lagi. Oleh itu dia pun mengayuh dengan lebih
laju lagi dengan sangkaan yang sama. Namun, sangkaannya ternyata meleset kerana
angin seram itu semakin kuat dan setiap kali angin itu dirasakan semakin kuat,
Pak Din mengayuh dengan lebih laju lagi dan setiap kali itulah angin itu
dirasakan Pak Din semakin kuat.
Sehinggalah
suatu ketika, Pak Din sudah penat untuk berkayuh. Maka Pak Din pun berhenti
berkayuh. Serta-merta angin seram tadi hilang. Pak Din merasa lega. Ketika itu
dia sedar bahawa, itu semua perasaan Pak Din saja. PERASAANNYA SAJA…
Moral….
“Jangan buat andaian
terburu-buru…”
No comments:
Post a Comment