Monday, September 19, 2011

IZUAN SI IMAN SOMBONG


            Izuan, bersendirian di lorong sunyi itu tidak sedikit pun membuatkan dirinya ketakutan. Sebaliknya dia merasa lebih yakin kerana tidak ada sesiapa di situ melainkan dia dan seorang sahaja penagih dadah yang sedang cuba menkhayalkan diri sendiri. Hal ini adalah kerana telah sekian lama dia menggunakan lorong itu pada waktu malam dan tiada apa-apa pun perkara seram yang berlaku. Bukanlah sekali dia mendengar kisah seram yang terjadi kepada rakan-rakannya, bahkan hampir setiap minggu tahun satunya di universiti itu dia dihidangkan dengan pengalaman-pengalaman seram dan ngeri rakan-rakannya.
                Namun dia tidak percaya kerana dia sendiri tidak pernah diganggu. “Ah… Aku ada Tuhan Yang Esa…” bisik hatinya dengan sombong. Baginya, kerana lemah keyakinan kepada ALLAH yang membuatkan rakan-rakannya diganggu.
                    “Grrr..” suatu bunyi seakan rasaksa kedengaran secara tiba-tiba dari belakangnya.
          Izuan menoleh kebelakang. Kelihatan seekor anjing hitamsedang mengesot cuba untuk menghampirinya. Sebelah matanya telah pecah dan darah mengalir keluar, lidahnya terputus separuh, gigi-giginya kemerahan dipenuhi cecair merah seperti darah, telinga kanannya telah terkoyak, kedua kaki belakangnya telah kudung dan darah mengalir keluar. Malah seluruh tubuhnya dipenuhi luka dan kelihatan sebahagian usunya terkeluar dari perutnya.
                   “Aarrgghhh…!!!!” Izuan melarikan diri sepantas yang mungkin setelah melihat anjing hitam itu.
                “Hahahaha… Anjing yang dah nak mati sebab gaduh pun dia takut… Hahaha…!!!” gelak penagih dadah lalu terus menyuntik sesuatu di lengannya.

Moral…
“Jangan berlagak macam bagus sangat…
Otak penagih memang dah rosak,
kalaulah otak dia masih betul, dia akan tolong anjing tu…
Jangan cepat buat kesimpulan…”

No comments:

Post a Comment