Al-kisah, ada suatu ketika, Hazif
berjalan-jalan di sebuah taman sendirian. Mungkin bukan sendirian. OK! Dia
bersama aweknya. Berjalan-jalan di taman itu berduaan di waktu malam tanpa
diketahui oleh sesiapa. Lebih tepat lagi, hanya mereka berdua sahaja di taman
itu.
Tidak
berapa lama kemudian, timbul sesuatu yang nakal dalam kotak minda Hazif lalu
berkomunikasi dengan aweknya melalui anak matanya. Anisah, aweknya faham. Maka
mereka berdua pun bergerak ke suatu kawasan yang lebih sunyi untuk melaksanakan
hasrat hati mereka berdua.
Di
tempat tersembunyi itu, mereka baru sahaja hendak bermula apabila tiba-tiba
sahaja mereka terdengar bunyi ranting patah. Menyangkakan bunyi itu adalah
tanda kedatangan JAKIM, mereka berdua berlari lintang-pukang agar tidak
ditangkap.
Di
tempat ranting patah itu, sesuatu mengeluarkan bunyi, “Meow…”
Moral…
“Kalau manusia tak
Nampak,
ALLAH sentiasa Nampak…”
No comments:
Post a Comment